CategoriesReview

MaVellous Xlite TrueDetox Probiotik

MaVellous Xlite TrueDetox Probiotik adalah formula detoksifikasi  hebat yang bekerja secara sinergi untuk membantu tubuh di dalam proses membuang toksin, menyihatkan kolon, program pembersihan, menguatkan imun sistem dan juga menurunkan berat badan. 

Proses detox dapat menyingkirkan toksin yang tidak diingini badan dan adalah amat digalakkan untuk melakukan detox sebagai persediaan untuk plan berdiet atau untuk mengambil supplemen. Detoksifikasi adalah penting untuk menyihatkan saluran pencernaan, proses penghadaman  dan pembuangan toksin.  Kandungan toksin yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kelesuan, sakit kepala, nafas berbau, sukar tidur, sakit otot, keletihan dan justeru itu mengurangkan kualiti hidup

MaVellous TrueDetok Probiotik adalah rejim detox yang berkesan berkeupayaan untuk meng-alkali-kan badan, dan ini akan membantu darah membawa nutrien dan oksigen ke sel-sel badan, mencerna dan menyerap makanan dengan lebih baik, meningkatkan sistem imun dan mengembalikan keseimbangan badan. Hasilnya badan akan berfungsi ditahap kesihatan yang optimum. 

Probiotik digelar bakteria ‘baik’ kerana ia memberi faedah kesihatan yang positif apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi. Probiotik memainkan pelbagai peranan dalam badan kita seperti membantu menghadam makanan yang tidak dapat diurai secara cekap, meningkatkan metabolisme badan dengan mengekstrak lebih banyak tenaga daripada nutrien makanan, menghasilkan vitamin B, menyingkirkan toksin, dan membantu mengekalkan kesihatan usus kita.

Ramai penyelidik membuat kajian berkenaan dengan keberkesanan probiotik dalam mempengaruhi serta meningkatkan tahap kesihatan kita. Laporan Fakta Kesihatan 2017 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan penyakit sistem penghadaman adalah penyebab keempat kemasukan pesakit di hospital swasta, penyebab ketujuh kemasukan pesakit di hospital kerajaan, dan penyebab keenam kematian di hospital kerajaan dan swasta.

Pengambilan probiotik yang kerap memastikan kesihatan penghadaman yang baik.  Kita harus berterusan menambah bakteria baik dalam usus anda untuk mengekalkan mikrobiota usus yang seimbang.

Kita juga harus makan serat pemakanan yang mencukupi untuk membantu pergerakan usus, meningkatkan jumlah najis, lalu mengurangkan risiko masalah penghadaman.

Saintis berpendapat setiap hari kita perlu 38 gm fiber utk lelaki dewasa dan 25 gm utk wanita dewasa..Kebanyakkan rakyat Malaysia tidak mencapai keperluan fiber harian. Contoh nilai fiber untuk  sebiji buah apple adalah cuma 3-5 gm.